Abu Farhat Photoblog

Perbaiki Kamus Cintamu wahai Wanita

Posted in Adam & Hawa by abufarhat on July 11, 2010


Hanyir.
Loya.
Hambar.

Ketika remaja seusianya sibuk mengejar bintang, mengatur masa depan,
Dia hanya mampu terbaring lesu.
Benaknya kosong, perutnya membusung.

Dia datang dengan loya yang disangka biasa
ternyata ada makhluk kecil yang ingin memberitahu kewujudannya.
Kalau pada suami isteri, ia adalah khabar gembira, Rezeki Yang Maha Kuasa.
Tapi buat beliau, ia ibarat gegak gempita, petir tengahari buta.

Pejantannya jauh di Kuala Lumpur, yang semakin susah dihubungi sejak kebelakangan ini. Jangan perkataan menikah, bertanya khabar saja tidak.

Potret ini bukan sedikit, tapi banyak, baru 7 minggu di bahagian Sakit Puan, kes yang serupa hampir mencecah angka 30. Dari 30, hanya sedikit yang mahu bertanggungjawab.

Ketika ini
Rambut yang dulunya direbonding, disikat pun tidak.
Badan yang dulunya disiram pewangi dari neraka, kononnya menambah wibawa merangsang arjuna, kini busuk, hanyir dan berdaki.
Lekuk tubuh? Kulit mulus? Kembang, kusam,  bengkak tidak terawat.

Ketahuilah wanita, setiap inci tubuhmu yang kau biarkan disentuh lelaki yang tidak layak akan membuatkan dirimu murah dan semakin murah sebelum akhirnya tiada harga.
Tiap kali kau mahu telanjang tetapi berpakaian
Fikir dahulu, apa bezamu dengan pelacur jalanan
Yang setidaknya dibayar.

Kami, kaum lelaki
Kalau tiada iman
Lebih binatang dari binatang
Lebih busuk dari longkang.

Kalau boleh jujur,
bukan kami, lelaki yang akan mengusung buah haram tersebut kesana kemari.
Bukan kami juga yang akan merasa sakit, perit ketika bersalin nanti.
Bertanggungjawab? Untuk apa? Sama sama menanggung malu? Sama sama menjadi tohmahan orang sekeliling?
Lebih baik kami pergi, mencari kekasih hati yang lain. Lagipun, bukan ada tanda kalau kami sudah pernah hilang teruna. Malah dalam agama, tidak ada kewajipan untuk seorang lelaki mengahwini perempuan yang telah dizinahi. Kalaupun anak tersebut lahir, haram dibinkan dengan nama kami. Jadi sekali lagi, untuk apa?
It’s such an easy choice.

Jadi
Perbaikilah kamus cintamu wahai wanita.
Lelaki yang Gentleman bukanlah yang membukakan pintu kereta untukmu ketika kalian hendak berkhalwat (dating)
Lelaki yang romantik bukanlah yang menyanyikan untukmu lagu cinta yang membuatkanmu cair; luluh bersama maruah dan kehormatanmu.

Tetapi lelaki yang Gentleman dan Romantik, adalah lelaki yang tidak akan menyentuhmu, jiwa dan raga, dengan perbuatan mahupun kata kata, sebelum dia mampu bersumpah didepan Allah dan manusia, untuk menjagamu dan zuriatmu sampai ke syurga.

It’s your call.

Fenomena KCB-KETIKA CINEMA jadi BIASA

Posted in Adam & Hawa by abufarhat on June 28, 2009

KCB

Sahabat : Bab, tengok KCB (Ketika Cinta Bertasbih) jom.
AF : Dah keluar ke DVD die?
Sahabat : Takla, tengok kat wayang la.
AF : Oooh..Ok…takpe, terima kasih jelaa.

Perbualan yang sama juga terjadi ketika filem Ayat Ayat Cinta direlease. Persis. Cuma gantikan kalimat KCB kepada AAC.

Dalam keluarga kami, arwah baba memang memasukkan menonton wayang tu diantara Do Not Do List-nya.Tempat Maksiat;katanya. Oleh kerana baba meninggal sebelum otak saya dapat dipakai untuk menganalisa, jadi saya tidak sempat bertanya apa alasannya.
Namun pesanannya yang satu ini masih saya pegang erat. Sehingga hatta ketika saya masih belum kenal dengan dakwah pun, ketika diajak oleh kawan kawan untuk yang satu ini pasti saya menolak.

Saya cenderung tidak cuba berfikir lebih jauh sampai beberapa dasawarsa terakhir, ketika keluarnya filem filem berunsurkan Islam. Ketika wayang mulai dijamah oleh pendukung dakwah.

Saya tidak ingin berkomentar tentang filem Ayat Ayat Cinta atau yang terberu Ketika Cinta Bertasbih hasil garapan KH Habiburrahman As Syirazy (Kang Abik). Kesan saya tentang kedua filem tersebut, dengan melihat realiti masyarakat umum, adalah sangat baik. Sekali lagi, untuk masyarakat umum. Jadi saya kurang sependapat kalau ada sahabat mengomentari filem itu kurang islamik dan sebagainya, kerana ia memang bukan bahan referensi untuk golongan pewaris tugas kenabian. Termasuk juga cara penyampaiannya iaitu di panggung wayang. Untuk kesekian kalinya, baik untuk masyarakat umum.

Kembali lagi ke persoalan asal. Tentang wayang. Bukan dalam kacamata Syar’ie. Tetapi dengan perspektif hati.

Banyak, meski bukan semua yang menjadikan wayang sebagai tempat untuk memadu kasih -yang ternyata bukan madu-cuma pemanis buatan. Dalam tempat yang gelap, macam macam hal memungkinkan. Banyak meski tidak semua, filem filem yang ditayangkan berunsurkan maksiat dan sia sia. Jika 2 hal diatas, saya fikir banyak diantara kita yang setuju. Persoalannya, cukupkah dengan adanya filem filem yang berunsurkan Islam menghilangkan stigma negatif tersebut? Apalagi kalau kemudian teori “filem ok wayang ok” kemudian berevolusi menjadi suatu kebiasaan.

Jujur, saya masih belum dapat penjelasan.
Cuma kerana alim ulama yang saya tsiqah dengannya belum mengeluarkan fatwa(atau saya yang belum mendapatkannya) atau setidaknya mengiyakan dengan perbuatan, membuatkan ia pada pendapat saya masih dalam kategori Syubhah, yang sebaiknya saya hindari.
Menonton di Pawagam suatu ketika dahulu pernah menjadi A Big No-No untuk aktivis dakwah-silakan tanya pada ibu bapa kalian yang dahulu aktif dengan dakwah. Jujur saya tidak tahu bagaimana “teori evolusi” sampai akhirnya seperti ini.

Toh, saya tidak melihat ada manfaat jelas dengan menonton dipawagam. Memilih filem/DVD yang layak ditonton oleh mata yang dalam tanda kutip antara nikmat Allah terbesar saja perlu pertimbangan yang jelas, apalagi jika ditambah dengan satu lagi isu.

Hadith 12- Arbaeen An Nawawi

ragu ragu

Sekali lagi, ini hanyalah pandangan seorang Abu Farhat.

Atau bagaimana?

Antara Ketenangan dan Kesenangan

Posted in Adam & Hawa by abufarhat on June 17, 2009

Fathi Farhat- 2 years back

Incek X     : Bro, aku sukala tengok minah tu, tenang je aku rase, hang rase dia sesuai kawen dengan aku tak?”

Incek AF : Ape yang buat kau rase kau sesuai ngan die? Yang sampai masuk isu kahwin kahwin ni?

Incek X    : Tiap kali aku tengok die, aku rase tenang je…

Incek AF : Kalau kesukaan seorang lelaki terhadap seorang perempuan buat dia nak tengok berulang-ulangkali, tu bukan tenang, tu senang (baca;suka) namanya. Ketenangan datang dari hati. Dan hati tak tenang kalau tengok sesuatu yang bukan hak kita berulang ulangkali…

Antara Tenang dan Senang; 2 hal yang punya hubungan tapi berbeza

Anda pernah menolong orang? Setelah penat jalan jalan, dapat tempat duduk yang empuk dalam komuter/bas, sampai diperhentian berikutnya, ada seorang makcik  tua masuk, namun sudah tidak ada kerusi yang kosong. Dan anda  memberikan tempat duduk tersebut pada makcik tersebut. Pernah? Perasaan luar biasa yang anda rasakan sesudah itu adalah sebuah ketenangan. Sama seperti perasaan selepas menolong orang melintas jalan, melihat wajah ibu tercinta, memberikan roti pada pengemis kecil lebih lebih lagi selepas mengikuti sebuah program Qiyamullail.

Senang on the other hand adalah hal yang punya hubungan dengan nafsu. Perasaan selepas habis bergayut dengan kekasih misalnya. Selepas makan yang banyak di hotel, selepas menonton perlawanan bola yang tim yang anda sokong menang, selepas selesai shopping sakan diskaun besar besaran di Pusat Membeli Belah dan banyak lagi.

Ketenangan itu sifatnya lebih lama. Mempunyai energi positif untuk mendorong kita lebih beramal. Kebahagian tertinggi bagi orang orang saleh. Dalam Islam kita kenal dengan As Sakeenah.

Al Fath : Ayat 4

Kesenangan pula sifatnya sebentar. Oleh kerana ia berasal dari nafsu, ia jarang mendorong kepada sebuah kebaikan, namun mendorong untuk terus melakukan hal yang berkaitan dengan nafsu juga, sesuai dengan nafsu yang tidak kenal cukup.  Seperti ungkapan yang biasa kita dengar “Kalau dah makan, paling sedap kalau dapat tidur”. Mata’ul Ghuruur Al Qur’an menyebutnya

Al Hadeed : Ayat 20

Kemampuan kita dalam mengetahui yang mana Ketenangan dan Yang mana Kesenangan akan membantu kita dalam beramal. Mencerahkan kita yang mana satu bimbingan Allah, yang mana permainan hawa nafsu yang dipandu syaitan yang maha lemah,misalnya selepas solat Istikharah. Ini bukan soal memilih satu dan membuang yang satunya, tetapi menentukan seberapa besar porsi kesenangan dan seberapa besar porsi ketenangan dalam ruang lingkup perasaan kita.

Jangan Memetik Sebelum Waktunya

Posted in Adam & Hawa by abufarhat on March 1, 2009

tomatoes

Dan alkisah…
Ada beberapa sahabat yang bertanya
Kalau seandainya mereka ingin memiliki semacam satu relationship
dengan muslimat tertentu
Tanpa ikatan, tanpa perancangan
Dasarnya satu, cuma takut “melepas”
Bimbang kalau sampai waktu yang mereka rasa dah siap
Yang dipandang cantik sudah terlanjur jadi milik orang

Ini mungkin menjadi salah satu alasan
bagi kebanyakan generasi muda
untuk memilih mempunyai hubungan
meskipun belum bersedia untuk sebuah pernikahan

Buat teman teman
Perempuan/jejaka yang kalian idamkan
Sebelum waktunya
Sama seperti buah buah di pohon
yang belum masak, tetapi sudah kelihatan halus

Belum tentu semua buah buahan muda
Yang kelihatan cantik
Akan menjadi buah buahan yang masak
yang manis yang baik, seperti yang kalian kira
Dalam perjalanan waktu
Buah buahan yang cantik itu akan mengalami bermacam hal
Boleh jadi dimakan ulat, membusuk
atau tidak berkembang dan gugur begitu saja

Yakinlah bahawasanya
Kalau belum sampai waktunya
Dan kalian terlalu cepat memetiknya
Bukan sahaja tidak mendapatkan manfaat
Malah akan merosak buah itu sendiri
Mengganggu untuk dia berkembang menjadi lebih manis
Atas setidaknya kalau memang dia ditakdirkan akan membusuk
Ia tidak akan menjadi penyesalan dikemudian

Jadi jangan pernah bosan
Untuk menunggu
Sampai masanya

Jangan pernah takut
Untuk kehilangan
Sebab belum tentu yang kita tak dapat
Bernilai emas dan permata

Jangan pernah berhenti
Untuk mepersiapkan diri,
jasmani- terutama rohani
Kerana kalau dilihat dari sisi manusia
Jodoh itu tidak pernah tetap
Berubah ubah sesuai iman dijiwa
Kerana hujung hujungnya
Wanita yang baik baik hanya untuk lelaki yang baik baik juga adanya