Abu Farhat Photoblog

K-POP

Posted in Ibrah by abufarhat on December 22, 2011

Sebenarnya, mesej yang saya nak cuba sampaikan, bukanlah berkaitan dengan Korean PoP, hanya sekadar agar kelihatan “catchy” sedikit walaupun taklah berapa nak “catchy” sangat pun.

Anyhow, its quite irony right? how a well developed country (at least way developed than us) can have such ignorance, such negligence.

Bukan tentang menyanyi, bukan tentang kerja kasar, tetapi the fact that , the teenager has been living his life alone since he was 5. again, 5 YEARS OLD. Sebaya dengan umur anak saya yang sulung.

Yang dah ada anak mungkin boleh imagine. Anak saya yang 5 tahun, masih menangis kalau dia “terhilangkan” baba dia di supermarket. Masih mencari saya kalau dia lapar. Tapi anak muda tersebut, di usia yang 5 tahun, dah pun hidup sendirian, melalui malam yang pekat sendirian, memeluk dinginnya kesunyian ketakutan sendirian melawan riuh keroncong perut sendirian. Dimana 50 juta penduduk Korea yang lain?

Akhirnya, setelah beranjak dewasa, dengan segala pahit maung yang dilaluinya, dia menemukan kelab malam yang ada penyanyi perform didalamnya, dimana minatnya terhadap dunia muzik itu bermula. Dan kerana ia dirasakan adalah bahagian manis dalam juzu’ hidupnya, maka dia pun bersungguh sungguh ke atas hal tersebut.

Adakah sifat “tidak peduli” tentang orang lain tidak mungkin berlaku di negeri kita? Sudah pasti tidak, bahkan mungkin lebih parah lagi. Di negara yang ramai sudah berfikir hanya untuk perutnya sahaja, dikala masjid hanya tempat untuk sembahyang sahaja, dan dizaman yang orientasinya cuma sekadar harta semata, maka tidak hairanlah ketika golongan marginalis semakin marginal. Masih banyak golongan anak yatim, orang miskin, mereka yang terjerat masalah (pelacuran, kongsi gelap misalnya), homeless people, yang belum kita santuni, belum kita sapa.

Dan salah siapa kalau seandainya ditengah kesempitan hidup mereka, yang memberikan bantuan, kelapangan yang datang justeru dari golongan misionaris, pengedar dadah atau mereka yang fasiq? Dan kita mengambil jalan mudah dengan menyalahkan hanya individu terbabit. Menjadikan golongan yang peduli (soal niat atau tujuan, itu bab lain) sebagai kambing hitam, atau putih (supaya tidak racist). Lantas dimana tempat aplikasi wajib dakwah kita? Di mana iman kita yang kata Nabi boleh diragukan keimanannya seandainya kita kenyang dan jiran kita berlapar?

Kembali kepada pemuda tersebut. Bayangkan saja, ketika dia kecil, menangis ditengah malam yang kuyup, ditengah kerioknya perut, datang seorang lelaki, yang menyeka segala air digenap pelupuk mata, memeluk dengan hangat, lantas membawa ke rumah, menyuapkan makanan dan memberikannya tempat tinggal. Dan kemudian diperkenalkan tentang Islam, tentang Iman, tentang Ihsan. Barangkali, pemuda tersebut tidak sibuk ke pertandingan mencari bakat, tetapi sibuk mengislamkan bangsanya. Seperti pemuda dibawah ini. Allah Akbar!

Advertisements

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. gigahertzz said, on July 10, 2012 at 11:03

    owh…

  2. abufarhat said, on July 13, 2012 at 11:03

    Yeah..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: