Abu Farhat Photoblog

Kalau tidak kerana Islam…

Posted in Ibrah by abufarhat on October 17, 2011

Baru baru ini, ternampak gambar di atas didalam Facebook. Macam macam respon yang timbul. Ada yang tak pernah menyangka, ada juga yang sudah sedia maklum namun diingatkan kembali, termasuk saya. Betapa bukan bangsa Melayu yang mengangkat Islam, justeru Islamlah yang mengangkat kita.

Kita dahulu pernah jahil, sangat jahil. Kalau tidak kerana segelintir dari kegigihan pejuang Islam kita yang memperjuangkan Deen yang kita cintai ini, keadaannya pasti tidak lebih baik.

Ramai yang melenting ketika perjuangan pejuang kemerdekaan negara  dipersoalkan, tetapi siapakah pula yang berdiri untuk mengangkat dan membela jasa para pejuang yang cuba memerdekakan manusia dari bertuhankan hawa nafsu dan syaitan?

Kita sebaliknya malah menyokong mereka mereka yang berkerjasama dengan hal hal di atas. Tidak percaya?

Kalau saya tanya, siapakah seniman terbaik yang pernah dihasilkan Malaysia?

Pasti ramai yang menjawab P Ramlee. Saya berlindung dari Allah dari mengatakan keburukan bagi si mati, tapi mengadakan upacara/majlis untuk memperingati beliau adalah sesuatu yang saya takutkan hanya akan menyiksa beliau dialam sana.

Mungkin banyak yang mengingati filem filem beliau memiliki selera humor yang tinggi, bermesej dan sebagainya tetapi sesungguhnya keburukan dan kebaikan tidak dapat bersama, seperti lapisan emulsi dan cecair.

Hampir semua filem filem beliau terdapat adegan di kelab malam. Golongan yang kaya adalah mereka yang menghabiskan masa berdansa di kelab kelab malam, sambil memesan minum alkohol, tonik dan semacamnya.

Belum lagi soal bahasa. Filem filem tersebut menjadikan penggunaan kata kata kesat; bodoh, bahlul, setan, sial dan sebagainya sebagai bahan jenaka yang kemudian membudaya termasuk dikalangan kanak kanak.

Dan sekarang, pengaruh tidak baik itu mulai terlihat dengan menjamurnya filem filem “gangster” di pawagam. Adegan menari, memesan minuman keras, penggunaan kata kata kesat diperlihatkan sebagai sesuatu yang “cool” atau sedang in. Sekali lagi yang menjadi mangsa adalah mereka mereka yang masih menjadi identiti hidup.

Dan sekali lagi,para pejuang martabat manusia (para duat) diperlukan sekali lagi  untuk menyelamatkan bangsa. Norma norma melayu harus dikembalikan ke norma norma Islam. Jika tidak, boleh jadi disuatu saat, anak cucu kita akan melihat gambar diatas sebagai sesuatu yang kreatif, vintage dan menarik.

 

Nauzubillahi Min Zaalik

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: