Abu Farhat Photoblog

Tips berbelanja baju raya

Posted in Abu Farhat Path by abufarhat on August 29, 2011

Assalamualaikum semua. saya tahu, most of the readers dah siap membeli baju raya, kasut raya, tudung raya dan sebagainya, tapi saya tetap nak berkongsi tentang tips s membeli baju raya, supaya pakaian kita menggambarkan orang yang sudah “merdeka”, supaya ngam dengan jiwa yang bertaqwa.

1) Bersederhanalah

ya, saya tahu, raya banyak yang dapat bonus, banyak jualan murah, tapi tetap, hukum membazir dan anjuran untuk bersederhana tidak berkecuali pada musim perayaan. Apalagi kalau kita diharapkan mengambil ibrah bagaimana kehidupan mereka yang tidak berpunya ketika menjalani ibadah puasa. Memang sunat memiliki baju baru, tetapi tidak mesti raya setiap hari baju baru, ditukar 3 kali sehari untuk sebulankan? kalau seandainya anda memang rutin beli baju baru setiap dapat gaji, mungkin ada baiknya dipakai baju baju yang masih elok. Kalau baju/pakaian banyak, sampai tak terpakai buat apa, hanya buat kita tunggu lama masa di Padang Mahsyar nanti.

2) Pakaian Lelaki

Pakailah apa saja yang menutup aurat, tetapi yang menutup aurat tidak semestinya baik. Ada t shirt yang didesign dengan gambar atau perkataan yang tidak senonoh, atau yang mengiklankan arak (Jack Daniel etc) percayalah, anda tidak cool sedikit pun. Kalau jeans, belilah yang tidak koyak, sedangkan cowboy pun pakai jeans yang tidak koyak, apalagi kita, negara yang kain mudah didapati.

3) Pakaian perempuan

Anda memang makhluk paling berharga! kerana itu “pembungkus”nya juga harus sesuai dengan nilai tersebut. Sebelum membeli “low cut”, baju ketat, kain belah, fikir dahulu. Sebab kalau saya sebagai lelaki, melihat anda berpakaian begitu tidak lain tidak bukan supaya meminta orang melihat bentuk tubuh anda dengan nafsu. Jadi tidak usahlah pura pura menutup dengan tangan dsb, atau pura pura marah kalau anda diperhatikan dari hujung rambut kehujung kaki, bukan dengan hati, tapi dengan nafsu. Oh ya,jangan mengalihkan salah kepada lelaki pula sebab tidak menjaga pandangan .

Ya , bagus, anda ada kesedaran untuk memakai baju kurung, lebih sopankan? alhamdulillah (walaupun memang trend pakai baju kurung time raya). Baju kurung cotton? nise~, tak panas. Tapi hati hati, banyak baju kurung yang lebih nipis dari kain alas meja. Baju yang dibuat dengan kain yang tipis, termasuk baju kurung hanya memerlukan sedikit cahaya untuk kelihatan segala bentuk didalamnya. Waktu membeli, jangan hanya melihat corak atau harga, periksa juga samada nipis atau tidak (dan tengok dekat lampu ka, apa ka, terserah anda)

Tudung…hurmm…bagus…tapi bertudunglah dengan betul, sebab saya dah try cari dalam buku contoh contoh muslimah, tapi tetap tidak berjumpa yang namanya Yuna, apalagi Hana Tajima. Belajarlah dari mereka yang memang bertudung untuk menjaga. Dia baru masuk Islam, takpalah…yang kita dari zaman tok nek dah Islam, baru nak belajar pakai tudung pasai pa? Oh ya, tudung juga ada tebal nipisnya, lebar pendeknya, pilihlah yang sesuai dengan umur anda, jangan rebut tudung adik anda. Lebih baik lagi jika ditambah dengan penutup kepala. Apagunanya pakai tudung, kalau boleh nampak rambut dengan telinga?

4) Anak anak

Semua sedia maklum, yang budak budak tak tahu bergaya. Boleh dikatakan sebahagian besar dari anak anak, cara berpakaiannya ditentukan oleh ibu bapa. Dalam kata lain, cara anak berpakaian adalah refleksi ibu bapa. Ajarlah anak memakai pakaian sopan, supaya ketika sampai masa mereka wajib menutup aurat, tidak akan keluar dari lidah mereka; tunggu hidayah, belum bersedia dan 1001 putar belit lainnya. Jauhkanlah dari mereka memakai pakaian yang “terbuka”, kerana meski pada kebanyakan manusia normal, ia biasa sahaja, tapi percayalah, semakin hari jumlah mereka yang tidak normal atau gila makin bertambah. Kalau jadi mangsa, yang salah tak lain tak bukan; ibu bapa .

Pilihlah baju yang sesuai dengan badan mereka yang tidak tahan panas, sensitif terhadap kain dan bahan kimia. Untuk bayi yang masih kecil, tidak usahlah dibelikan baju melayu yang anda tahu akan dipakai sebentar cuma . Selain itu, ingatlah, anak anak adalah manusia seperti kita. Mereka bukan anak patung untuk kita pakaian ikut citarasa, make up sampai lebam muka.

Akhir kata, sebaik baik pakaian hati adalah taqwa. Ia adalah hasil tarbiyyah sebulan Ramadhan yang mulia. Dan mereka yang tidak boleh menjaga pakaian jasmaninya, adakah anda mengira dia dapat menjaga pakaian rohaninya?  Sekali lagi, berpakaianlah seperti orang yang merdeka, bukan macam “mereka” yang baru lepas dari rantai neraka.

Hadnallah wa iyyakum ajmain

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: