Abu Farhat Photoblog

Miris

Posted in Abu Farhat Life by abufarhat on October 13, 2010

Senario 1
Dr           :  Makcik, besok kita kan buat operation seperti yang kita dah rancang. Ada sesiapa yang boleh kami hubungi?
Makcik :  Siapa yang boleh ye…
Dr           :  Anak makcik yang hantar tadi mana?
Makcik :  tu bukan anak makcik, tu jiran.
Dr           : Ooo..yeke? Anak makcik mana?
Makcik : Diorang sibuk kerja
Dr           : Anak makcik ada berapa orang?
Makcik :……sepuluh….
Dr :………………..

Senario 2
Dr          :   Pakcik, kami rasa takda jalan lain, hati pakcik memang kena bedah. Kalau tak memang barah tu akan merebak.
Pakcik :   Takpela doktor. Pakcik pun dah 70 lebih. Biar jelaa. Saya hidup pun rasanya tak lama.
Dr         :    Tak boleh macam tu pakcik. Memang mati tu pasti, tapi kita orang Islam. Tak boleh putus asa dengan      rahmat   Allah. Orang kafir je yang kenal putus asa.
Pakcik : (hujung kelopak mula berair, perlahan lahan meleleh)
Dr         : ………………………….
Takpe pakcik, nanti saya contact anak pakcik.

——————————————————————————————————————————————–
Dr          :   Assalamualaikum encik…saya doktor yang merawat ayah encik…ayah encik kami rasa memang kena operate la. Operation tu tak boleh buat dekat sini. Kena buat dekat Hospital Selayang. Mungkin kena belanja tambahan dalam RM3000. Boleh tak encik datang hospital sekarang, saya boleh cerita dengan lebih jelas tentang perkembangan ayah encik.

Anak 1 :   errr…doktor…boleh telefon adik saya tak. Ni no dia…012-……….
Dr          :   ooo…saya hanya nak maklumkan ke keluarga, nanti encik beritahu dia sendiri ye.
Anak 1 :   ooo…tak, saya rasa lebih baik doktor telefon dia sendiri, beritahu dia keadaan ayah saya macam doktor cakap dengan saya.
Dr          :   oo, ok..tapi..
klak~…bunyi telefon dimatikan

Dr          : Assalamualaikum, En S, saya nak maklumkan keadaan ayah encik. Saya doktor yang merawat ayah di wad di Hospital Kuala Pilah.
Anak 2 : oo, jap, doktor dah telefon abang saya ke? Saya nak kena pergi melaka ni. ada urusan.
Dr          : oo…encik dah di melaka ke ni?
Anak 2 : errr…tak, saya masih di Kuala Pilah, tapi saya nak kesana dah ni…err…cuba doktor contact pakcik saya, abang ayah saya. Dia yang buat keputusan biasanya. Nanti saya suruh dia datang hari ni.

Satu hari berlalu, tanpa sesiapa pun datang.

Hari kedua juga.

Sudah entah berapa kali saya tulis di fail patient tersebut, “for family members to come, for family members to decide on surgical intervention”

Besoknya, abang pesakit tersebut datang.

Abang :    Doktor, kalau buat operation tu , abang saya confirm sembuh ke?
Doktor :   susah nak cakap, tapi kalau secara teori 50 : 50. Tapi tu urusan Allah. Doktor cuma berusaha saja.
Abang :   Macam nilah doktor, saya nak buat keputusan pun susah, sebab pesakit ni ada 6 anak. Hari ni saya suruh mereka bincang, keputusan mereka bersama nanti saya minta mereka sampaikan besok.
Dr          :   Hmmffptt…ok.

Besoknya
Anak 1 :  Doktor, kami dah bincang, antara adik beradik saya. Kami ingat nak bawak pesakit balik rumah saja. Memandangkan kalau buat pun belum confirm sembuh, pakcik saya cakap semalam, doktor cakap dalam 50% ye? saya ingat, biar kami bawak dia balik rumah sajalah….
Dr          :  ………………

2 senario diatas hanya sedikit dari banyak cerita pilu nasib ibu bapa ketika sakit atau tua. Benarlah kata pepatah, seorang ibu mampu menjaga 10 anak, tetapi 10 anak belum tentu dapat membahagiakan seorang ibu. Seorang ibu akan tetap cuba menyembuhkan anaknya, dengan apa cara sekalipun, biarpun doktor memberitahu, kemungkinan sembuh dibawah 1%. Ironis bukan.

Ini semua boleh terjadi kepada sesiapa pun, termasuk diri kita. Tanpa iman, hal yang bagi kita miris, boleh menjadi biasa. Nauzubillah min zaaliik

Setelah jiwa pedih melihat dengan mata kepala saya sendiri keadaan keadaan diatas, izinkan hati saya berbunga dalam haru, ketika melihat pemandangan yang saya temukan di wad, seperti dalam gambar di bawah.

Advertisements

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. gigahertzz said, on October 13, 2010 at 11:03

    minta minta dijauhkanlah dari sifat camnie…

  2. abufarhat said, on October 17, 2010 at 11:03

    yep..nauzubillah..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: