Abu Farhat Photoblog

Perbaiki Kamus Cintamu wahai Wanita

Posted in Adam & Hawa by abufarhat on July 11, 2010


Hanyir.
Loya.
Hambar.

Ketika remaja seusianya sibuk mengejar bintang, mengatur masa depan,
Dia hanya mampu terbaring lesu.
Benaknya kosong, perutnya membusung.

Dia datang dengan loya yang disangka biasa
ternyata ada makhluk kecil yang ingin memberitahu kewujudannya.
Kalau pada suami isteri, ia adalah khabar gembira, Rezeki Yang Maha Kuasa.
Tapi buat beliau, ia ibarat gegak gempita, petir tengahari buta.

Pejantannya jauh di Kuala Lumpur, yang semakin susah dihubungi sejak kebelakangan ini. Jangan perkataan menikah, bertanya khabar saja tidak.

Potret ini bukan sedikit, tapi banyak, baru 7 minggu di bahagian Sakit Puan, kes yang serupa hampir mencecah angka 30. Dari 30, hanya sedikit yang mahu bertanggungjawab.

Ketika ini
Rambut yang dulunya direbonding, disikat pun tidak.
Badan yang dulunya disiram pewangi dari neraka, kononnya menambah wibawa merangsang arjuna, kini busuk, hanyir dan berdaki.
Lekuk tubuh? Kulit mulus? Kembang, kusam,  bengkak tidak terawat.

Ketahuilah wanita, setiap inci tubuhmu yang kau biarkan disentuh lelaki yang tidak layak akan membuatkan dirimu murah dan semakin murah sebelum akhirnya tiada harga.
Tiap kali kau mahu telanjang tetapi berpakaian
Fikir dahulu, apa bezamu dengan pelacur jalanan
Yang setidaknya dibayar.

Kami, kaum lelaki
Kalau tiada iman
Lebih binatang dari binatang
Lebih busuk dari longkang.

Kalau boleh jujur,
bukan kami, lelaki yang akan mengusung buah haram tersebut kesana kemari.
Bukan kami juga yang akan merasa sakit, perit ketika bersalin nanti.
Bertanggungjawab? Untuk apa? Sama sama menanggung malu? Sama sama menjadi tohmahan orang sekeliling?
Lebih baik kami pergi, mencari kekasih hati yang lain. Lagipun, bukan ada tanda kalau kami sudah pernah hilang teruna. Malah dalam agama, tidak ada kewajipan untuk seorang lelaki mengahwini perempuan yang telah dizinahi. Kalaupun anak tersebut lahir, haram dibinkan dengan nama kami. Jadi sekali lagi, untuk apa?
It’s such an easy choice.

Jadi
Perbaikilah kamus cintamu wahai wanita.
Lelaki yang Gentleman bukanlah yang membukakan pintu kereta untukmu ketika kalian hendak berkhalwat (dating)
Lelaki yang romantik bukanlah yang menyanyikan untukmu lagu cinta yang membuatkanmu cair; luluh bersama maruah dan kehormatanmu.

Tetapi lelaki yang Gentleman dan Romantik, adalah lelaki yang tidak akan menyentuhmu, jiwa dan raga, dengan perbuatan mahupun kata kata, sebelum dia mampu bersumpah didepan Allah dan manusia, untuk menjagamu dan zuriatmu sampai ke syurga.

It’s your call.

Advertisements

35 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. aPai said, on July 13, 2010 at 11:03

    love your post..

  2. abufarhat said, on July 13, 2010 at 11:03

    thanx bro…hows your blog?…senyap je nampak..

  3. ipin said, on July 13, 2010 at 11:03

    nampaknya kadar hamil luar nikah di kuala pilah lebih banyak daripada sepanjang aku 4 bulan kat o&G seremban. Apakah sebab pilah ceruk sket maka banyak yang pergi untuk menyembunyikan kelahiran, atau memang penduduk asli pilah?

  4. abufarhat said, on July 13, 2010 at 11:03

    macam macam pin. yang datang ada yang mmg org pilah, ada yang datang dari kawasan kawasan estate nun jauh di sempadan Negeri Sembilan ke Pahang

  5. Imad said, on July 14, 2010 at 11:03

    Keep it up…
    i’ll be waitin’ 4 ur next post….
    Syukran jazilan…

  6. abufarhat said, on July 14, 2010 at 11:03

    alhamdulillah kalau bermanfaat. dont just wait, we’re all created to remind one another, its an everyone job…

  7. fuzz2602 said, on July 18, 2010 at 11:03

    salam.. jgn salah kn laki je.. benda ni klu bertepuk sebelah tgn xkn jd… dan bkn semua laki cmtu.. ade gak lelaki kawin ngan pempuan yg pernah die berzina.. dan kawin sbb terpaksa.. kawin sbb die betul cintakn pempuan tu.. nk ckp tu kena pandang setiap sudut.. jgn berat sebelah..

  8. abufarhat said, on July 18, 2010 at 11:03

    wsalam wbt fuzz…
    terima kasih untuk kritikan membina
    saya jauh nak menyalahkan lelaki, hampir 80% dari coretan murah tapi lahir dari sukma yang dalam saya,cuba memberdayakan wanita untuk menaikkan harga diri mereka. Untuk mereka sedar dan menggunakan kuasa mereka sebelum segalanya terlambat, dan serabut seperti benang kusut. Bukan saya mengatakan lelaki tidak salah, tetapi titik tumpu saya kali ini untuk post ini memang untuk kaum yang melahirkan saya dan melahirkan zuriat saya..

    Setelah berzina kahwin dengan perempuan yang telah dizinahi atas dasar cinta? Maaf, saya kurang sependapat. Cinta adalah suci, maksiat adalah kotor, busuk. 2 unsur yang tak boleh duduk setempat melainkan dengan taubat.

    Bab feqah, mungkin kita boleh sama sama tengok tentang hukum atau pandangan ulama tentang berkahwin dengan perempuan yang dizina yang kemudian mengandung, berapa lama iddah dan sebagainya.

    wallahualam =)

  9. illyyinna said, on July 18, 2010 at 11:03

    salam.artikel yang ringkas padat dan tepat.mohon dikongsi ya.syukran=)

  10. abufarhat said, on July 19, 2010 at 11:03

    wsalam wbt. Silakan

  11. Syafiq Afandi said, on July 19, 2010 at 11:03

    tersentuh bila membaca..
    ibarat kena head shot yng dtembak oleh snipper
    ~astaghfirullah…

  12. Syafiq Afandi said, on July 19, 2010 at 11:03

    http://fantasticosyafiq.blogspot.com/

    ni blog aku…
    sila2 r jengah k..

  13. abufarhat said, on July 19, 2010 at 11:03

    nice blog you have..teruskan menulis..

  14. faz said, on July 21, 2010 at 11:03

    benar. aku perlu bantu diri aku. tersasar jauh. aku lupa. aku ingat. aku lupa balik. aku ingat. aku nangis. aku lupa balik. moga tuhan terima taubat aku.

  15. MHH said, on July 21, 2010 at 11:03

    jzkk.menarik!

  16. farah said, on July 21, 2010 at 11:03

    salam.nice post.thank you.:D

  17. abufarhat said, on July 21, 2010 at 11:03

    Dan kerana itu nama kita manusia..

  18. abufarhat said, on July 21, 2010 at 11:03

    wa iyyakum

  19. abufarhat said, on July 21, 2010 at 11:03

    wsalam wbt.thank you for reading

  20. farah said, on July 22, 2010 at 11:03

    salam.i love this post.keep it up!

  21. […] Hanyir. Loya. Hambar. Ketika remaja seusianya sibuk mengejar bintang, mengatur masa depan, Dia hanya mampu terbaring lesu. Benaknya kosong, perutnya membusung. Dia datang dengan loya yang disangka biasa ternyata ada makhluk kecil yang ingin memberitahu kewujudannya. Kalau pada suami isteri, ia adalah khabar gembira, Rezeki Yang Maha Kuasa. Tapi buat beliau, ia ibarat gegak gempita, petir tengahari buta. Pejantannya jauh di Kuala Lumpur, yang sema … Read More […]

  22. a muslimah said, on July 23, 2010 at 11:03

    nice! mohon kongsi..:)

  23. abufarhat said, on July 23, 2010 at 11:03

    silakan

  24. abufarhat said, on July 23, 2010 at 11:03

    wsalam…insyaAllah

  25. wan rosnita said, on July 23, 2010 at 11:03

    saya suka ayat kamu..sungguh puitis…namun sadis juga…bagus…nada perlu seiring dengan emosi..saya minta izin untuk jadikan link kat FB boleh tak?

  26. abufarhat said, on July 24, 2010 at 11:03

    terima kasih…puitis? saya tak pandai, but i was trying my best to deliver the message…mengconvertkan rasa marah dan geram untuk sebuah awal dari penyelesaian
    silakan..

  27. celest joseph said, on July 24, 2010 at 11:03

    thumbs up! would like to share this..

  28. abufarhat said, on July 24, 2010 at 11:03

    please..

  29. dila said, on July 26, 2010 at 11:03

    nice. minta izin utk berkongsi ?

  30. abufarhat said, on July 26, 2010 at 11:03

    boleh.silakan =)

  31. farahana said, on August 7, 2010 at 11:03

    tahniah.nice one. thnks

  32. siti said, on August 31, 2010 at 11:03

    please let me share this. thanks.

  33. abufarhat said, on August 31, 2010 at 11:03

    You’re welcome

  34. ummuasad said, on October 31, 2010 at 11:03

    best!best!lame tak jgok blog b.khab..byk dh karya bg khab,moga income ganjaran-Nya terus mengalir,dengan ,mengalirnye idea mendidik jiwa…kauth nyer blog lame dh tak usik!!!

  35. abufarhat said, on October 31, 2010 at 11:03

    jzkk & ameen…takpa…amal kauthar banyak dekat tempat yang lain…=)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: