Abu Farhat Photoblog

Dan Allah Sedang Menduga

Posted in Ibrah by abufarhat on March 26, 2010

Pemuda itu baru beranjak 24 tahun. Muda. Untuk kitar normal seorang manusia. Dengan kasih sayang Allah yang tiada tolok, Allah menganugerahkan pemuda itu penyakit tua, Type 2 diabetes mellitus. Sudah 2 bulan dia di hotel orang sakit kami. Dan dalam rentang masa tersebut, kaki kanan beliau terpaksa kami bersihkan, dengan cara apa pun, kalau perlu memerah nanah yang bersarang, atau memisahkan daging yang busuk dari yang masih bernyawa. Bukan sekali dua, tapi belasan kali. Lelah mungkin, sampai satu ketika dia sendiri meminta untuk dipotong saja kakinya. Tapi tidak seperti di hotel yang lain, kami tidak melakukannya hanya atas dasar permintaan si penerima jasa.

Akhirnya saat itu datang, terpaksa kaki beliau kami potong setinggi seluar bermuda, yang menutup aurat tentunya, kami panggil BKA; Below Knee Amputation. Sehari selepas operasi, dia masih murung, diam. Ternyata kehilangan satu bahagian tubuh tak semudah yang beliau sangka. Belum surut luka yang pertama, kami terpaksa memotong lebih tinggi, setinggi seluar pendek mereka yang tak tahu agama, dek jangkitan yang ternyata telah merebak lebih tinggi. AKA ;above knee amputation kami memanggilnya.

Tambah dalam luka. Saya diamkan saja saat dia melalui fasa anger, saya biarkan saja beliau bereaksi sesuai fasa denial. Ketika riak fasa acceptance kelihatan, baru saya mendekat.

“Tahniah adik kerana telah mula redha!” saya memulakan bicara.
Ada garis kehairanan di dahinya.
“Redha itu adalah hadiah dari Allah, bukan sifat semulajadi kita. Saya biarkan saja adik marah, saya biarkan saja adik muram semalam, bukan kerana tidak kesah, tapi itu adalah sifat manusia. Sedangkan sungguh tidak patut Peminjam merasa marah ketika barang yang dipinjam diambil kembali. Dan kerana adik masih sabar, hari ini Allah memberi hadiah “Redha” itu. Tetaplah bergantung pada Allah, dan percayalah, Allah akan berikan hadiah seterusnya; Syukur!”. Saya lemparkan senyum kewajahnya yang berlinangan air mata. “Terima kasih doktor..,”, ujarnya antara sedu.

Dan akhirnya, semuanya kembali kepada saya, seorang pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan.

Allah sedang menguji kesungguhan doa saya saat sebelum, semasa dan sesudah pendidikan perubatan ini.
Allah sedang mengukur seberapa dalam sabar dengan segala ujian yang tentunya kecil dibanding jawabanNya terhadap doa doa yang pernah saya panjatkan.

Dan Allah sedang menduga, semudah apa ucapan-kata tertuang dalam laku-jiwa.

Advertisements

13 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Q said, on March 30, 2010 at 11:03

    doing things right and doing the right things…

  2. zeera said, on April 6, 2010 at 11:03

    doktor bkn sahaja merawat..
    malah memberi semangat…

  3. tee said, on April 7, 2010 at 11:03

    sometimes we may take a long time to ‘redha’ on wat had happen to us…

  4. abufarhat said, on April 7, 2010 at 11:03

    Q : yes,and its not easy bro
    zeera : actually memberi semangat is part of merawat..=)
    tee : yep,definitely

  5. tee said, on April 9, 2010 at 11:03

    i’am not questening it…but…i do always have problem to ‘redha’ on wat happen to me…just like now….

  6. daYang said, on April 27, 2010 at 11:03

    salam wbt.

    alhamdulillah, ketika dok mencari gambar perkuburan, sy terlayar ke blog ini. mohon dihalalkan penggunaan gambar perkuburan.

    subhanallah. entri yang memberi kesan.mohon untuk link ke blog ini.

    terima kasih. jazakallahu khair.

  7. abufarhat said, on April 27, 2010 at 11:03

    dayang : wsalam wbt…sebenarnya gambar kubur tu bukan saya yang ambil, saya juga ambil dari internet…pasal link tu…kalau dapat bermanfaat,silakan.

  8. UN said, on May 2, 2010 at 11:03

    Semuda itu usianya… seberat itu ujian yang di terimanya…
    Aduh! kita pula bagaimana?? sementara nikmat sihat kita kecapi peliharalah ia sebaiknya.. kulu wasyrabu wala tusrifuu..
    Nauzubillah dari ujian yang tak mampu ditanggung….
    jzkk atas perkongsian kisah yang memberi kesan.

  9. abufarhat said, on May 4, 2010 at 11:03

    dan apakah kamu mengira Allah akan membiarkan kamu mengatakan dirimu beriman padahal belum di uji?

  10. hamba Allah said, on August 2, 2010 at 11:03

    Assalammualaikum wbt..Alhamdulillah..entri yang ringkas tetapi padat dgn pengisian wpon diambil dr penglman..semoga Allah merahmati penulis ..cume ingin minta izin utk gne entri supaya iktibarnyer mampu dikongsi dgn lebih rmai umat Muhammad di luar sane..insyaAllah..

  11. abufarhat said, on August 2, 2010 at 11:03

    Silakan kalau dirasakan bermanfaat…

  12. CK said, on February 14, 2013 at 11:03

    3 tahun terlewat saya membaca catatan ini.bertuah si pesakit 24 tahun itu bertemu dgn tuan doktor.doa saya,tuan doktor masih lagi tuan doktor yang sama macam 3 tahun lepas.hotel org sakit tanah minang tu bertuah mempunyai tuan doktor.kadang2 melihat kesakitan,penderitaan di tempat kerja yang begitu menjadikan kita mangli lalu jadilah rawatan diterima sekadar automaton tanpa perasaan.doa saya tuan doktor dan puan doktor tidak akan menjadi doktor2 yang begitu.amin

  13. abufarhat said, on February 14, 2013 at 11:03

    Terima kasih CK. Atas peringatannya, atas dianya. Ameen


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: