Abu Farhat Photoblog

Kampung Pilah-never be the same again

Posted in Abu Farhat Life by abufarhat on July 12, 2009

Tinggal Sendiri

Al Fatihah. Hari ini, sepupu saya, Nazimah bt Hj Baharin, telah meninggal dunia pukul 600 pagi tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada rohnya dan ditempatkan dengan orang2 yang beriman dan yang dikasihiNYA… AMIN…

Begitu lebih kurang bunyi status seorang sepupu saya di Facebooknya.

Berita yang cukup untuk mematikan hasrat saya menulis artikel baru di blog. Lebih mengagetkan dari berita kematian Michael Jackson. Saya tidak rasa apa apa sebenarnya dengan kematian Michael Jackson sebenarnya.

Kampung kami bakal lebih suram nampaknya.

Memang sebenarnya di Kuala Pilah, terdapat beberapa rumah makcik sedara saya, namun kami belum dikira balik kampung kalau belum sampai di rumah Pak Long. Yang juga rumah kepada arwah Mak Long. Juga tempat dimana kakcik (panggilan kepada sepupu saya yang meninggal dunia tersebut) tumbuh besar. Oleh kerana atuk dan uwan (omak dan abah mama) dah lama meninggal, rumah Pak Long dan Mak Long menjadi ganti.

Meski saya lebih merasa kehilangan dengan meninggalnya arwah mak long, namun kesan yang ditinggalkan oleh almarhumah kakcik dalam masa kecil kami turut menyisakan rasa pilu. Tanyakan saja pada sepupu sepupu, atau anak buah kakcik, pasti masing masing punya masa kanak kanak yang indah bersama beliau. Di kala orang orang dewasa sibuk di dapur , kakcik yang menjadi tukang cerita di baghuh (ruang tamu di hujung rumah). Ketika kami tumbuh besar , dan kakcik sudah mula bekerja, beliau jadi sasaran untuk minta belanja..

Kakcik meninggal pada umur pertengahan 30 an. Saya tidak tahu persis. Akibat Acute Lymphoid Leukemia. Dia belum pernah berkahwin. Apalagi punya anak. Mungkin kematian ini antara hikmahnya.

Hilang sudah watak nenek dengan kematian mak long di rumah tersebut. Kini, watak makcik sedara yang ceria itu juga lenyap dengan perginya kakcik. Dan saya tahu, kampung Kiley~(Hilir, panggilan kami untuk rumah mereka) tidak akan pernah seperti dulu.

Al lahummaghfir lahuma Warhamhuma Wa’afihima Wa’ Fuanhuma.

Advertisements

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. ibnu_jamalludin said, on July 13, 2009 at 11:03

    sukar untuk menelan hakikat yang wajib diterima.. seolah2 kakcik masih hidup… rindukan kakcik.. kakcik hidup dengan disayangi orang sekeliling..hidup tanpa musuh.. moga kakcik mendapat tempat di kalangan kekasih2Nya..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: