Abu Farhat Photoblog

Fenomena KCB-KETIKA CINEMA jadi BIASA

Posted in Adam & Hawa by abufarhat on June 28, 2009

KCB

Sahabat : Bab, tengok KCB (Ketika Cinta Bertasbih) jom.
AF : Dah keluar ke DVD die?
Sahabat : Takla, tengok kat wayang la.
AF : Oooh..Ok…takpe, terima kasih jelaa.

Perbualan yang sama juga terjadi ketika filem Ayat Ayat Cinta direlease. Persis. Cuma gantikan kalimat KCB kepada AAC.

Dalam keluarga kami, arwah baba memang memasukkan menonton wayang tu diantara Do Not Do List-nya.Tempat Maksiat;katanya. Oleh kerana baba meninggal sebelum otak saya dapat dipakai untuk menganalisa, jadi saya tidak sempat bertanya apa alasannya.
Namun pesanannya yang satu ini masih saya pegang erat. Sehingga hatta ketika saya masih belum kenal dengan dakwah pun, ketika diajak oleh kawan kawan untuk yang satu ini pasti saya menolak.

Saya cenderung tidak cuba berfikir lebih jauh sampai beberapa dasawarsa terakhir, ketika keluarnya filem filem berunsurkan Islam. Ketika wayang mulai dijamah oleh pendukung dakwah.

Saya tidak ingin berkomentar tentang filem Ayat Ayat Cinta atau yang terberu Ketika Cinta Bertasbih hasil garapan KH Habiburrahman As Syirazy (Kang Abik). Kesan saya tentang kedua filem tersebut, dengan melihat realiti masyarakat umum, adalah sangat baik. Sekali lagi, untuk masyarakat umum. Jadi saya kurang sependapat kalau ada sahabat mengomentari filem itu kurang islamik dan sebagainya, kerana ia memang bukan bahan referensi untuk golongan pewaris tugas kenabian. Termasuk juga cara penyampaiannya iaitu di panggung wayang. Untuk kesekian kalinya, baik untuk masyarakat umum.

Kembali lagi ke persoalan asal. Tentang wayang. Bukan dalam kacamata Syar’ie. Tetapi dengan perspektif hati.

Banyak, meski bukan semua yang menjadikan wayang sebagai tempat untuk memadu kasih -yang ternyata bukan madu-cuma pemanis buatan. Dalam tempat yang gelap, macam macam hal memungkinkan. Banyak meski tidak semua, filem filem yang ditayangkan berunsurkan maksiat dan sia sia. Jika 2 hal diatas, saya fikir banyak diantara kita yang setuju. Persoalannya, cukupkah dengan adanya filem filem yang berunsurkan Islam menghilangkan stigma negatif tersebut? Apalagi kalau kemudian teori “filem ok wayang ok” kemudian berevolusi menjadi suatu kebiasaan.

Jujur, saya masih belum dapat penjelasan.
Cuma kerana alim ulama yang saya tsiqah dengannya belum mengeluarkan fatwa(atau saya yang belum mendapatkannya) atau setidaknya mengiyakan dengan perbuatan, membuatkan ia pada pendapat saya masih dalam kategori Syubhah, yang sebaiknya saya hindari.
Menonton di Pawagam suatu ketika dahulu pernah menjadi A Big No-No untuk aktivis dakwah-silakan tanya pada ibu bapa kalian yang dahulu aktif dengan dakwah. Jujur saya tidak tahu bagaimana “teori evolusi” sampai akhirnya seperti ini.

Toh, saya tidak melihat ada manfaat jelas dengan menonton dipawagam. Memilih filem/DVD yang layak ditonton oleh mata yang dalam tanda kutip antara nikmat Allah terbesar saja perlu pertimbangan yang jelas, apalagi jika ditambah dengan satu lagi isu.

Hadith 12- Arbaeen An Nawawi

ragu ragu

Sekali lagi, ini hanyalah pandangan seorang Abu Farhat.

Atau bagaimana?

Advertisements

7 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. ijat said, on June 29, 2009 at 11:03

    emm..skrg ni dah byk aktivis dakwah dah mula berjinak2 dengan bioskop..sejak meletupnya AAC dan yg paling latest skali KCB..hope xde lah yg menjadikan menonton kt bioskop tu sbgai kebiasaan..dan yg paling dirisaukan klu sudah jd kebiasaan,dari menonton AAC-KCB ke transformers dan filem2 barat termasuk juga citer2 indonesia yg semakin lama semakin ‘berani’…seorang mukmin tu harus membezakan antara yg baik dan yang buruk..pertimbangkanlah sahabat2 sekalian…

  2. JwiSa said, on June 29, 2009 at 11:03

    hm..keliru jgk sbnrnye ttg nonton di bioskop ni.tapi daripada ragu-ragu, lebih baik tinggalkan. setuju2..

  3. abufarhat said, on June 29, 2009 at 11:03

    Ijat, ada pepatah melayu, guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Seorang aktivis tak patut hanya melihat sesuatu dari kacamata halal dan haram sahaja. Seperti membeli air kosong, di sebuah pub.

  4. mukmin said, on June 30, 2009 at 11:03

    Umati.. Umati. sudah kosong sgt…
    Duit banyak.. tak tau nak salur mana..
    Masa lapang ada taktau nak buat apa..
    cari hiburan.. wyang, couple and so and so..

    salam ziarah..

  5. musha said, on June 30, 2009 at 11:03

    like the notion ‘beli air kosong di pub’. sgt realistik.

  6. abufarhat said, on July 1, 2009 at 11:03

    Jwisa…ragu ragu itu islam sebut dengan suybahat(istila figh)..itu ramai yang lupa..

    mukmin…salam ziarah juga

    Musha…banyak sebenarnya hal yang terjadi sekeliling kita, yang menunjukkan seolah olah manusia berfikir bhawa Allah hanya menilai yang zahir..disitu letak perbezaan antara takut dan cinta.

  7. ainul anhar salim said, on July 2, 2009 at 11:03

    setuju..setuju..setuju sangat!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: