Global March to Jerusalem. Satu Tarbiyah Hati. [Part 2]
[28 March 2012]
Post call. Yang agak busy.
Habis passover, terus rush Seremban, ambil bag; packing sikit pun tak buat lagi.
Petang sebelum berangkat.
Mandi.
Demi Allah, tak pernah mandi seteliti itu. Bahkan lebih teliti dari Mandi wajib, apalagi sunat sebelum ni. Manala tau, ada rezeki, takdala malu dengan para malaikat nanti.
Kalut sikit petang tu. Wife habis kerja pukul 6. Nak rush jemput mak di Seremban. Oh ya…macam biasa, satu dua benda yang saya lupa.hehe.
Sampai sana dah masuk Maghrib. Solat Jama’ Taqdim. Sunat Musafir.Terus Berkumpul dengan yang lain. Boleh tahan ramai. Sebilangan kecil dari kaum keluarga. Sebilangan banyak dari mereka yang teringin ikut, tapi kerana satu dua hal, membantu dari sisi lain semampu mereka. Wang, tenaga, dan komitmen menjayakan acara MyGMJ di Stadium Melawati, pada waktu yang sama. Yang saya yakin, tidak kurang sedikit pun dari kami yang berangkat kesana. Bahkan mungkin lebih besar, kerana mereka tidak perlu terllu memikirkan darihal memelihara niat.
Dan tepat pukul 1030 malam, kami berangkat. Tanpa sedu sedan, tanpa airmata. Hanya laungan takbir, chanting penguat jiwa. Belum apa apa, perjalanan ini telah pun memberikan kami tarbiyah, buat yang berangkat, juga buat yang ditinggal pergi.
Ayam Kampung vs Ayam Daging
Dan diantara kita ada yang memilih untuk menjadi ayam kampung, lebih bergantung pada mencari rezeki sendiri, menerima ketika dijamu dedak tapi tetap ingin hidup bebas, melawan yang bertentangan dengan kata hatinya hingga ke hembusan nafas-denyut nadi yang terakhir…
Manakala tidak kurang juga yang memilih untuk bermental ayam daging, merasa cukup kenyang dengan dedak busuk, merasa luas tinggal dalam kandang sempit, hamis, kotor..merasa terang dengan sebiji mentol kuning..dan lebih malang lagi mengira bahawa si penabur dedak adalah satu satunya pemberi rezeki. Kalau ada yang mahu bangkit atas nama keadilan,kehidupan yang lebih layak, nescaya akan dibilang tidak bersyukur, merosakkan kedamaian, dan pengkhianat bangsa. Mereka akan tetap begitu hatta ketika mata pisau tajam menghiris satu persatu urat merikh mereka.
Ya, terserah anda..
Allah itu tidak lurus bendul, apalagi buta.
Manusia secara fitrah adalah makhluk yang punya kecenderungan berbuat salah, berlaku dosa. Itu memang betul. Dan betul juga bahawa Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang’ Maha Pengampun segala Dosa.Dalam hal ni, saya rasa kita semua setuju.
Tapi tidak benar kalau Allah itu tidak mungkin marah. Salah besar kalau ada yang beranggapan bahawa Allah itu buta. Atau lebih dahsyat lagi, kalau kita fikir Allah itu lurus bendul!
Barangkali banyak yang lupa, dalam Al Quran, ayat tentang khabar gembira, selalu diikuti dengan peringatan. Basyiir wa Nazeer, kata ulama tafsir.
Allah dengan sifat penyayangnya tiak akan menghukum hambaNya pada saat maksiat dilakukan pertama kali. Setelah beberapa kali peluang, barulah peringatan akan datang. Manusia yang takut akan murka Allah akan bertaubat sejurus melakukan dosa. Mintalah dengan bersungguh sungguh, maka pasti Allah akan mengabulkannya.
Namun adakalanya manusia itu dapat menjadi kurang ajar, iaitu berbangga dengan dosa atau maksiat yang dilakukannya. Bukan bertaubat, malah diwar warkan kemaksiatan itu seolah olah seperti yang saya katakan tadi, Allah itu Buta.
Lebih biadap lagi, mereka kemudian bersikap seperti Allah itu lurus bendul, dengan menghias kemaksiatan mereka supaya kelihatan baik dengan ayat quran, kata kata islami atau yang sewaktu dengannya.
Sebagai seorang pemuda/pemudi, adalah satu hal yang nescaya untuk kita jatuh cinta, kepada lawan jenis. Itu adalah fitrah kita. Fitrah yang lahir dari nafsu, bukan dari hati. Allah tau bahawa nafsu sangat susah untuk dikawal, maka kerana itu Allah membataskan ruang gerak “so called”-cinta kita, hanya selepas di meterainya ikatan perkahwinan. Kerana, dalam fitrah manusia tanpa iman, cinta tanpa nikah, akan membawa kepada zina. Apa jua bentuknya.
Maka semua jalan menuju kearah sana diharamkan.
Tapi ya, sekali lagi sebab kita manusia, kita boleh terjatuh hati pada seseorang, tanpa dapat kita tahan tahan. Yang dapat membuatkan kita terfikir fikir tentang si dia, yang boleh membuatkan kita senyum sendiri macam orang gila.
Pada saat itu, ia belum menjadi sebuah dosa, setidaknya untuk mukmin marhain macam kita. Banyak islam sebut tentang bagaimana mendistract fikiran kita dari hal hal seperti itu, amal ibadah dan sebagainya. Intinya adalah, cukuplah sampai disni. Jika cara yang disebutkan nabi tidak berkesan, maka ketahuilah, Telah Sampai Seru untuk anda berkahwin!
Maka syaitan itu memang genius, maka digodalah kedua dua makhluk, lelaki dan perempuan, uda dan dara, romeo dan juliet. Menyukai dalam hati bukanlah sebuah kesalahan. Kesalahan terbesar bermula dikala anda mengungkapkannya kepada si pujaan hati sedangkan belum bersedia untuk berkahwin. Maksud saya berkahwin dalam masa terdekat, bukan 5 atau 10 tahun lagi. Waktu itu dosa dosa kecil, noda noda hitam dah mula bertumpuk dalam jiwa. Setiap kali melunakkan suara, setiap kali sms ayat berbunga, setiap kali keluar bersama, malaikat mencatat walaupun tidak terlihat dek pelupuk mata yang lainnya.
Maka, ternyata tujuan syaitan tak berhenti disini. Ini bukan end result yang mereka mahukan. Mereka mahu manusia berbangga dengan maksiatnya. Perlahan perlahan, rasa malu untuk hubungan itu diketahui yang lain dihilangkan. Kerana syaitan tahu, itu adalah pertahanan terakhir untuk iman. Sifat malu. Syaitan pun mula melakukan hasutan melibatkan banyak elemen. Antaranya supaya kawan kawan disekeliling mereka “menyakat” tentang hubungan tersebut. Mula mula dengan gediknya akan menafikan, lama kelamaan tersengih sengih kegirangan.
Yang akhirnya, DECLARElah mereka. Sudah tidak ada malu malu lagi. Bermula dengan update status di facebook ( in a relationship bagi kebanyakan, atau complicated bagi yang budget cool), mengupload gambar atau merealisasikan hal tersebut di alam nyata. Kalau dulu keluar dating sorok sorok, kalau bertembung dengan orang berpecah dulu sebelum membentuk formasi kembali, kini tidak lagi. Justeru kembang kuncup kalau ada yang mengatakan bagai pinang dibelah dua, merpati dua sejoli. Dari keluar secara berkumpulan, kemudian berduaan tapi masih tidak berpegang tangan, naik kenderaan bersama sama, ringan ringan, sebelum akhirnya, terlanjur dalam bercinta.
Saat itu, iman mereka seperti mengatakan Allah itu buta.
Namun ketika mereka mula menggunakan ungkapan ayat ayat al quran, hadith, lagu Maher Zain, lagu inteam , kisah kisah romantis berbau islami dalam hubungan cinta mereka, atau yang lebih advance, mungkin saling mengejutkan untuk solat atau puasa, maka disitulah tahap dimana mereka bertindak seolah olah Allah itu straight forward, lurus bendul. Berharap dosa mereka bertukar menjadi pahala. Adakah ia akan terjadi? Yes, in your dream.
Kerana sesungguhnya Allah itu maha mengetahui. Jangan hairan kalau lagu lagu cinta jadi halal ketika kita menyanyikan buat isteri kita. Jangan juga pelik kalau lagu Maher Zain ; For the rest of my life, boleh jadi dosa mendengarnya jika ditujukan buat selain dari isteri kita yang sah.
Namun, selagi masih nyawa belum sampai di kerongkong, masih selalu ada pintu yang terbuka untuk kita. Bagaimana mungkin kita merasa tidak tebal muka, meminta bermacam macam selepas solat dalam doa, sedangkan hati kita tidak bersih dalam mentaatinya? Berhentilah bermaksiat, ucapkanlah kata kata taubat, diikuti hati dan anggota.Buat mereka yang telah berkahwin, beristighfar buat dosa dosa yang pernah dilakuka sebelum pernikahan, kerana akad nikah tidak menghapus dosa, yang hanya menghapuskan dosa itu cuma taubat nasuha.
Astaghfirullah Al Azeem
Laa ilaaha illa anta, inni kuntu minaz zolimeen…
Eid Mubarak
Salam Alaikum semua.
Ramadhan sudah pun berlalu dengan 1001 kebaikannya. Beruntunglah jiwa jiwa yang kemudian keluar dengan rahmat dan ampunannya. Yang gagal, mudah mudahan kita dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang dengan kondisi dan persiapan yang lebih baik adanya.
Tidak ada satu agama pun yang mewajibkan setiap dari penganutnya, lelaki mahupun yang tua, aqil baligh atau masih disapih ibunya untuk mengeluarkan harta untuk kepentingan orang lain kecuali Islam. Disinilah hikmahnya zakat fitrah, hari raya seharusnya untuk berkongsi kebahagiaan dengan mereka yang tidak berpunya bukan malah sebagai pesta hambur makanan dan kekayaan untuk berbangga bangga.
Apa kaitan gambar diatas? Ini adalah gambar beberapa pekerja warganegara Bangladesh, dalam acara buka puasa beberapa waktu yang lalu.
Lihatlah disekeliling anda, ditempat kerja mahupun dirumah. Begitu banyak saudara kita yang terabaikan. Jangankan memandang mereka dengan penuh kasih sayang, seberapa banyak diantara kita yang mengajak mereka duduk, makan bersama. Lebih jahiliyyah lagi, kalau memang dibenak kita, memandang mereka dengan pandangan rendah ataupun cukup dengan panggilan bangla, indon dan sebagainya.
Demi Allah, jangan berharap Allah akan memandang kita dengan penuh kasih sayang, jika didalam jiwa kita masih kasta. Mereka mereka ini adalah termasuk dalam golongan yang harus kita hargai, sayangi tidak kurang berbanding bangsa kita sendiri.
Sejenak, mari dudukkan diri kita ditempat mereka. Berfikir seikhlas mungkin, adakah golongan golongan ini merasai kehangatan ukhuwwah islamiyyah dari saudara saudara seiman mereka di Malaysia? Atau justeru, kebaikan yang mereka rasakan hanya dari Ah Liong, Ah Chong yang mereka temui ditempat kerja.
Ayuh, kita kembali ke agama yang menentang segala bentuk perhambaan kecuali kepada Rabbul Jaleel, yang tidak mengenal sebarang bentuk kasta dan kedudukan kecuali atas dasar iman dan taqwa. Mulakan dengan hal yang kecil, dari diri sendiri, seperti mengundang mereka untuk Open House barangkali?
Saya, Abu Farhat, ingin memohon ampun dan maaf, jika dalam ruang komunikasi yang sempit ini, terselit dosa yang luas kepada para pembaca. Yang mengenali diri saya secara peribadi atau hanya di alam maya. Sekali lagi, bantulah saya untuk meringankan timbangan dosa, setidaknya dengan kemaafan saudara saudari semua.
Eid Mubarak!












leave a comment