Mereka lebih layak mendapat duit raya!
Persetan dengan kata kata kedekut.
Saya tetap tidak menyokong pemberian duit raya hanya dengan alasan mengembirakan kanak kanak di Malaysia.
1) Kanak kanak harus dididik untuk beradab, bukan hanya datang, menunggu diberikan duit raya. Mereka harus tahu, bila waktu yang sesuai untuk datang beraya. Ya benar, mereka masih kecil, justeru itu tanggungjawab berada dibahu ibu bapa atau yang lebih tua
2) Tidak ada dalam sunnah nabi, sahabat mahupun tabiin. Ia hanyalah budaya bangsa cina yang diterima pakai di Malaysia.
3) Dan yang paling penting, jika ada rezeki berlebih, keutamaan harus diberikan kepada mereka yang lebih memerlukannya. Kalau anda merasa bahawa anak anak dalam gambar diatas lebih berhak keatas duit raya anda, adalah lebih baik wang anda disalurkan kepada mereka.
Wallahua’lam

leave a comment